Impian pemuda lumpuh genggam ijazah tercapai - Utusan Malaysia

Impian pemuda lumpuh genggam ijazah tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG 25 Mac – Muhammad Syafiq Mohd. Azlan yang lumpuh dari pinggang ke kaki menjadi insan paling gembira dalam Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan Kali Ke-90, di sini hari ini.

Senyuman pemuda berusia 27 tahun itu bertambah lebar tatkala menerima ucapan tahniah kerana berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan dengan purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 2.90.

Ketika ditemui, Muhammad Syafiq yang merupakan pelajar program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) berkata, biarpun tidak sempurna seperti insan lain, dia tetap bertekad untuk mempu­nyai segulung ijazah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jadi pada 2013, katanya, dia menyertai program PJJ ditawarkan di UiTM kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan rakan-rakan memandangkan pergerakannya terbatas dan perlu dibantu hampir setiap masa.

“Ketika dilahirkan, saya sebenarnya normal. Saya mula lumpuh sejak berusia dua tahun, enam bulan kerana terjatuh ketika bermain,” katanya yang menghadiahkan kejayaannya kepada ibu dan arwah bapa Mohd. Azlan Mohd. Zain yang meninggal dunia pada 2005 akibat sakit jantung dan buah pinggang kronik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini