PRAGUE 25 Mac – Ketua komuniti Islam Prague yang mendesak umat Islam Republik Czech supaya memiliki senjata api selepas serangan pengganas kulit putih di Christchurch, New Zealand, telah dipecat.
“Dalam mesyuarat kami semalam, kami memutuskan dengan tegas untuk membatalkan keanggotaan Leonid Kushnarenko daripada Pusat Komuniti Islam Czech serta-merta.
“Alasan di sebalik keputusan ini adalah kenyataan dan tindakan Leonid yang serius membahayakan kepentingan komuniti Islam di Republik Czech,” jelas Pusat Komuniti Islam Czech di sini.
Leonid menawarkan untuk membantu umat Islam Prague memperoleh senjata api dalam mesej video yang dimuat naik di Facebook susulan serangan pengganas di Christchurch.
“Memandangkan peristiwa tragis yang berlaku baru-baru ini, saya memaklumkan kepada semua ahli, khususnya lelaki, semua yang mahu mendapatkan senjata api untuk melindungi, hubungi saya dan saya akan membantu,” jelas Leonid. – AFP











