CFCM saman Facebook, YouTube - Utusan Malaysia

CFCM saman Facebook, YouTube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 25 Mac – Majlis Agama Islam Perancis (CFCM) bertindak menyaman Facebook dan YouTube kerana membiarkan siaran secara langsung serangan pengganas kulit putih di masjid dekat Christchurch, New Zealand yang mengorbankan 50 orang pada 15 Mac lalu.

Menurut CFCM, pihaknya menyaman cawangan gergasi media sosial itu di Perancis kerana ‘menyiarkan mesej dengan kandungan keganasan, atau sifat yang mungkin melanggar maruah manusia dan boleh dilihat oleh kanak-kanak bawah umur’. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini