Untung bersih George Kent RM84.92 juta - Utusan Malaysia

Untung bersih George Kent RM84.92 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac – George Kent Bhd. mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah iaitu sebanyak RM84.92 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2019 (FY19) daripada RM124.40 juta pada 2018.

Pengerusi George Kent, Tan Sri Tan Kay Hock berkata, perolehan merosot kepada RM430.75 juta daripada RM616.99 juta tahun sebelumnya.

Katanya, prestasi tahun kewangan itu adalah kukuh meskipun masa telah diubah bagi pengiktirafan pendapatan disebabkan oleh pemodelan semula projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) kepada kontrak harga tetap.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerja pembinaan digantung sejak Jun 2018 dan dijangka disambung semula pada lewat 2019,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Untuk masa depan, Kay Hock berkata, kumpulan komited dengan pelan strategik untuk mengembangkan asas pendapatan.

“Ini akan memerlukan sumber pelaburan yang besar dalam sumber manusia dan kewangan ke arah meningkatkan aspek pemeteran dan pelaburan dan perniagaan berkaitan air. Berdasarkan keadaan semasa, permintaan bagi meter air akan terus mengatasi bekalan.

“Kami juga sedang giat mendapatkan peluang dalam industri rel di rantau ini,” katanya.

George Kent mengumumkan dividen interim ketiga sebanyak 3.5 sen sesaham bagi FY19 yang akan dibayar pada 30 April 2019.

Jumlah bayaran dividen adalah sebanyak RM38.07 juta berbanding RM53.51 juta pada tahun sebelumnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini