KUALA LUMPUR 25 Mac – Anak syarikat milik penuh Scomi Energy Services Bhd., Scomi Oiltools Sdn. Bhd., telah diberikan dua kontrak bagi tempoh lima tahun oleh Kuwait Oil Company dengan nilai dianggarkan AS$150 juta (RM610 juta).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Scomi Energy berkata, kontrak itu bagi penyediaan produk lumpur dan perkhidmatan kejuruteraan lumpur bagi penggerudian dalam, bertarikh 31 Januari 2019, dan bagi penyediaan produk lumpur dan perkhidmatan kejuruteraan lumpur bagi pembangunan penggerudian bertarikh 4 Februari 2019.
“Untuk kontrak berkenaan, Scomi Oiltools akan membekalkan cecair kimia untuk penggerudian, menyediakan perkhidmatan kejuruteraan serta membina, menguruskan dan mengendalikan operasi Loji Lumpur Cecair di tapak fasiliti pelanggannya,” katanya dan menurutnya nilai kontrak adalah AS$176 juta (RM716.14 juta) sebelum pemberian kontrak itu. – BERNAMA











