RHB perkenal token digital buat PKS - Utusan Malaysia

RHB perkenal token digital buat PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac – RHB Bank Bhd. (RHB) menjadi bank pertama di Malaysia memperkenalkan RHB Reflex Secure Plus, token digital kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan korporat.

Ketua Perbankan Perniagaan dan Transaksi Kumpulan RHB, Jeffrey Ng Eow Oo berkata, ia menawarkan pengesahan digital baharu membolehkan PKS dan korporat mendapat akses mudah dan selamat kepada RHBReflex.

Katanya, RHB Reflex Secure Plus merupakan platform perbankan pengurusan tunai sehenti yang direka untuk memenuhi keperluan operasi pelanggan perniagaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas beliau, penyelesaian itu disediakan untuk semua pelanggan RHB Reflex baharu di Malaysia sejak 18 Mac lalu.

“RHB telah mewujudkan sistem eko-penyelesaian bersepadu bagi memacu perjalanan pelanggan yang mantap dan kukuh bagi memacu perniagaan para PKS kami.

“Kami mahu menyediakan penyelesaian inovatif buat pelanggan PKS dan korporat dengan memberikan mereka pengalaman yang mudah dan lancar tanpa menjejaskan aspek keselamatan,’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

RHB Reflex Secure Plus tersedia di dalam aplikasi RHB Reflex Mobile Banking dan tidak memerlukan pelanggan membawa token fizikal lagi kerana kini semuanya menerusi telefon pintar dan peranti mudah alih.

Pelanggan hanya perlu menggunakan satu aplikasi untuk menguruskan akses perbankan internet.

Bagi mengakses RHB Reflex Secure Plus, pelanggan hanya perlu memuat turun atau mengemaskini aplikasi perbankan RHB ReflexMobile dari Apple App Store atau Google Play Store. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini