Pencemaran: 75,000 terputus bekalan air - Utusan Malaysia

Pencemaran: 75,000 terputus bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG, – Kira-kira 75, 000 akaun pengguna SAJ Ranhill Sdn. Bhd. (SAJ Ranhill) di Simpang Renggam, Ayer Hitam dan Kulai terputus bekalan air sejak awal pagi Sabtu lepas (23 Mac) berikutan penutupan sementara Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam di Kluang.

Penutupan loji itu ekoran terdapat pencemaran amonia di Sungai Benut.

Ahli Parlimen Simpang Renggam merangkap Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, pencemaran itu bertambah buruk apabila ban tanah kolam air larutan resapan di Tapak Pelupusan CEP Renggam, pecah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melepaskan amonia ke dalam sungai ini. Jadi, kita memohon kepada pihak SAJ Ranhill agar menyediakan bantuan bekalan air tambahan yang mencukupi untuk semua kawasan yang terjejas.

Pada masa sama, kita berharap tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terbabit selain turut berharap tapak pelupusan di Ulu Sungai Benut (yang menjadi salah satu penyebab kepada masalah), ditutup segera,” katanya kepada media selepas melawat loji rawatan itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh yang melawat loji berkenaan semalam berkata pihaknya sudah mengambil sampel air sungai untuk diserahkan kepada Jabatan Kimia bagi dianalisis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 dan Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini