GP Terbuka Malaysia himpun nama besar - Utusan Malaysia

GP Terbuka Malaysia himpun nama besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac – Kejohanan olahraga Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia pada 30 dan 31 Mac ini bakal menjadi tumpuan berikutan disertai nama-nama besar selain menjadi medan kelayakan ke Sukan SEA 2019.

Bintang baharu olahraga negara, Russel Alexander Nasir Taib, juara remaja dunia 100 meter, Lalu Muhammad Zohri dari Indonesia.

Russel atlet kacukan Malaysia-Australia itu akan menjadi tumpuan terutama selepas berjaya memecahkan rekod kebangsaan 200m pada kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu Lalu Muhammad pula akan menjadi pencabar utama jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan dalam aksi riben biru.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim berkata, dua atlet berkenaan akan menjadi daya penarik dalam kejohanan hujung minggu ini.

“Russel telah mengesahkan penyertaan dalam GP Terbuka Malaysia pada 30 dan 31 Mac ini begitu juga Lalu Muhammad.

“Saya percaya saingan dalam acara tumpuan seperti pecut 100m dan 200m akan menjadi perhatian ramai kali ini,” kata Karim.

Kelmarin, Russel mencatat 20.77 saat (s) ketika memenangi pingat perak kejohanan Trek Klasik Queenland di Australia.

Catatan Russel itu melebur rekod lama milik jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan 20.90s dilakukan dua tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini