Pas setuju Pengerusi PAC daripada UMNO - Utusan Malaysia

Pas setuju Pengerusi PAC daripada UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pas bersetuju supaya ahli Parlimen UMNO dilantik sebagai  pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana UMNO mempunyai bilangan kerusi yang lebih dalam kalangan pembangkang.

“Kalau diikutkan Kiandee (Datuk Seri Dr Ronald Kiandee) dulu dari UMNO, sepatutnya pengganti adalah dari UMNO. Saya difahamkan UMNO telah kemukakan calon tetapi belum dilantik,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Media semalam melaporkan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan Ahli Parlimen Parit Sulong yang juga Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad sebagai pengerusi PAC, sekiranya jawatan tersebut  dikosongkan.

Mengikut manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, jawatan pengerusi PAC dikhaskan kepada wakil rakyat pembangkang.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dilaporkan berkata, Kiandee yang menyertai Bersatu akan kekal memegang jawatan itu sehingga calon yang sesuai dikenal pasti. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini