Polis dibaling batu, perhimpunan flashmob menjadi huru-hara di Frankfurt - Utusan Malaysia

Polis dibaling batu, perhimpunan flashmob menjadi huru-hara di Frankfurt

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FRANKFURT 24 Mac – Perhimpunan flashmob di sini bertukar menjadi huru-hara setelah sekumpulan remaja membaling batu kepada polis, semalam.

Polis dalam kenyataan berkata, sekitar 600 anak muda berhimpun di jalan beli-belah popular Zeil yang mana mereka mula berlari tanpa memikirkan pejalan kaki yang lain.

“Sehubungan itu, arahan kepada penganjur agar bersurai dikeluarkan namun seorang pegawai polis tiba-tiba ditumbuk oleh seorang remaja berusia 17 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis kemudian menangkap remaja itu dan kemudian sesetengah daripada kumpulan mereka mula melontar batu mengenai tiga anggota dan menyebabkan seorang cedera ringan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini