Empat ahli Ip Man Wing Chun terima sijil ujian tahap 1 - Utusan Malaysia

Empat ahli Ip Man Wing Chun terima sijil ujian tahap 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mac – Sebanyak empat ahli Pertubuhan Tradisional Ip Man Wing Chun Malaysia menerima sijil selepas lulus ujian tahap satu latihan Wing Chun di Taman Layang-Layang, Kepong di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi pertubuhan, Mohd. Fazli Abdul Latif berkata, ujian itu dinilai sendiri oleh sifu Paulson Ignasius Diyana dari Indonesia yang merupakan rakan seperguruan pengerusi pertubuhan berkenaan, Amirul Azaan.

“Sifu Paulson Ignasius Diyana hadir ke majlis latihan ini untuk berkongsi ilmu Wing Chun dengan ahli-ahli pertubuhan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesempatan itu mereka mengambil peluang ini untuk belajar dengan lebih mendalam bersama Paulson Ignasius manakala ahli yang melebihi enam bulan dan ke atas dicadangkan mengambil ujian tahap satu bersamanya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini