KUALA LANGAT – Pakatan Harapan (PH) akan mencari calon sesuai bagi mengisi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bagaimanapun setakat ini Datuk Seri Ronald Kiandee kekal sebagai Pengerusi PAC.
“Ini bukan berkaitan perundangan tetapi janji PH. Kita boleh buat bila-bila masa (ganti Pengerusi PAC).
“Bukan satu keperluan (ganti Kiandee) bila berlakunya sesuatu pertukaran (parti pembangkang kepada kerajaan),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai anggota PAC susulan membabitkan isu kepemimpinan PAC.
PH sebelum ini berjanji supaya jawatan Pengerusi PAC dikhaskan kepada wakil rakyat pembangkang. – K! ONLINE











