Program Perumahan Ku Bersih 2019 dilancar hari ini - Utusan Malaysia

Program Perumahan Ku Bersih 2019 dilancar hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mac – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini melancarkan program Perumahan Ku Bersih 2019 bagi merealisasikan ibu kota sebagai ‘Bandaraya Tropika Lestari’ bertaraf dunia menjelang tahun depan.

Menteri Wilayah Persekutuan,Khalid Abd. Samad berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang turut melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu akan berlangsung untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

“Dalam tempoh tersebut, kempen kepentingan menjaga kebersihan kawasan perumahan akan dijalankan dan diharap ia memberi kesan berpanjangan sekali gus mengubah landskap PPR serta PA agar lebih ceria.

Memuatkan artikel berkaitan…

“PPR dan PA merupakan perintis sebelum diperluas ke taman-taman perumahan lain sekitar ibu kota,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program tersebut di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini