Ramos puji impak positif Enrique - Utusan Malaysia

Ramos puji impak positif Enrique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCIA 24 Mac – Sergio Ramos memuji impak yang diberikan pengendali baharu Sepanyol, Luis Enrique selepas mereka berjaya meraih kemenangan dalam perlawanan pertama aksi kelayakan Euro 2020.

Sepanyol menang 2-1 ke atas Norway di Valencia tetapi memerlukan penalti daripada Ramos untuk meraih tiga mata selepas Josh King menafikan jaringan pembukaan Rodrigo Moreno.

Ramos yang juga ketua pasukan berjaya menjaringkan gol dalam lima penampilan berturut-turut bersama Sepanyol dan merasakan pasukan itu kini berada dalam keadaan baik selepas melantik bekas pengendali Barcelona, Luis Enrique.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Awak sentiasa ada impian dan matlamat untuk mencapai perkara itu sangat penting.

“Kami memiliki cara kerja dinamik di bawah jurulatih yang memiliki falsafah permainan yang hebat. Kemenangan akan meningkatkan keyakinan kami,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini