Jokowi tidak mahu terus jadi mangsa fitnah - Utusan Malaysia

Jokowi tidak mahu terus jadi mangsa fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA 24 Mac – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menegaskan bahawa beliau tidak akan membiarkan lagi dirinya menjadi mangsa serangan fitnah, penipuan dan caci maki serta berjanji akan bersikap lebih tegas.

Portal berita Republika melaporkan, Jokowoi yang juga bertanding bagi memepertahankan jawatan itu dalam pilihan raya Presiden 2019 berkata, antara fitnah yang ditujukan kepadanya termasuk beliau merupakan anggota Parti Komunis Indonesia, beliau akan melarang laungan azan sekiranya menang dan menghapuskan pendidikan agama.

“Saya sudah berdiam diri selama empat hingga lima tahun. Tiap kali difitnah, saya diam, namun kali ini, saya akan lawan! Ingat, saya akan lawan! Bukan untuk diri saya, tetapi untuk Indonesia,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis bacaan ikrar sokongan Alumni Jogja Satukan Indonesia di Yogyakarta semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini