Burung bermain dengan kucing di sebalik tingkap - Utusan Malaysia

Burung bermain dengan kucing di sebalik tingkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON – Satu rakaman video menunjukkan seekor burung kakak tua sedang bergurau dengan seekor kucing yang kelihatan seperti mahu menerkam haiwan itu di sebalik cermin tingkap di sebuah rumah di New Zealand baru-baru ini.

Aksi yang mencuit hati itu dilakukan burung kakak tua bernama Oscar berusia dua tahun ketika seekor kucing peliharaan seorang jiran datang ke pekarangan rumah pemilik haiwan itu di sebuah lokasi yang tidak didedahkan.

Oscar dilihat berulang kali ‘mempermainkan’ kucing tersebut dengan menyorok dan muncul semula beberapa kali sebalik tingkap. Kucing jantan itu pula kelihatan terpaku dengan gelagat berani Oscar. Malah, ia dilihat mahu menerkam burung tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kucing itu memerhatikan Oscar dengan penuh perhatian, mendongak dan menunduk seakan-akan bersedia untuk menangkap burung tersebut sebaik sahaja mendapat peluang.

Oscar adalah seekor burung kakak tua yang bijak dan menikmati ‘permainan’ itu. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini