Perlu usaha setanding negara maju - Utusan Malaysia

Perlu usaha setanding negara maju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD 22 Mac – Malaysia dan negara Islam yang lain perlu berusaha agar setanding dengan negara maju, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata Malaysia berpendapat terdapat ruang untuk memperluaskan kerjasama de­ngan atau antara negara Islam lain.

“Hari ini tidak ada satupun negara Islam yang dianggap sebagai negara maju. Sebenarnya Malaysia mempunyai peranca­ngan menjadi negara maju menjelang 2020, tetapi malangnya perubahan dalam kerajaan (pemimpin) menjadikannya tidak mungkin dapat dicapai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walau bagaimanapun kami masih berhasrat menjadi negara maju menjelang 2025. Kami berharap ini bukan hanya kepada Malaysia sahaja,” kata beliau dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan di sini hari ini.

Dr. Mahathir memulakan lawatan kerja tiga hari ke Pakistan pada Khamis.

Dr. Mahathir berkata, negara Islam seperti Malaysia dan Pakistan juga perlu mencari cara mena­ngani Islamofobia.

“Pakistan dan Malaysia memahami isu ini. Kami mendapati kini terdapat kebimbangan dan anti terhadap orang Islam dan itulah sebabnya kenapa 50 orang Islam terbunuh (dalam insiden tembakan di masjid di Christchurch, New Zealand minggu lepas),” katanya.

Beliau berkata, insiden ber­kenaan yang turut melibatkan warga Pakistan dan Malaysia di kawasan itu sebagai mangsa, berlaku kerana perasaan kebencian yang dihasilkan oleh media dan orang tertentu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini