Polis Bali tembak mati suspek rompakan warga Rusia - Utusan Malaysia

Polis Bali tembak mati suspek rompakan warga Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENPASAR 22 Mac – Pasukan polis Bali menembak mati seorang lelaki Rusia selepas suspek melakukan rompakan di sebuah pejabat pertukaran mata wang dengan dua lagi rakan subahatnya ditahan.

Insiden itu berlaku pada Selasa lalu selepas polis menerima panggilan telefon berhubung kejadian rompakan.

Ketika kejadian, ketiga-tiga suspek bertindak memukul pekerja di pejabat berkenaan, selain mengikat tangan dan melekatkan pita pelekat pada mulut mangsa. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini