32 warga asing ditahan Imigresen - Utusan Malaysia

32 warga asing ditahan Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur menahan 32 warga asing dalam Operasi Bersepadu Op Niaga di 11 lokasi sekitar pusat bandar di sini semalam.

Pengarah Imigresen WP Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, kesemua mereka ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

Menurutnya, operasi bermula pukul 1 petang itu membabitkan 11 lokasi membabitkan premis perniagaan yang terletak di antara Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Silang dan Jalan Leboh Pudu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua mereka adalah lelaki antaranya warga Bangladesh mencatat angka tertinggi seramai 20 orang, India (5), Myanmar (3), Nepal (2) dan Indonesia (2).

“Pihak kami melepaskan 62 warga asing yang memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah,” katanya.

Hamidi memberitahu, seramai 40 anggota dari pelbagai agensi terlibat dalam operasi bersepadu kali ini yang berakhir pada pukul 2.45 petang.

“Pihak Imigresen telah mengeluarkan sebanyak tujuh Borang 29 (saman saksi) kepada pelanggan premis bagi membantu siasatan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini