LONDON 22 Mac – Penyerang Poland, Krzysztof Piatek meneruskan musim prolifiknya apabila menjaringkan gol kemenangan untuk membantu pasukannya menewaskan Austria 1-0 dalam aksi pembukaan kelayakan Euro 2020.
Pemain gantian itu hanya memerlukan 10 minit selepas dimasukkan untuk menjaringkan gol kedua untuk negaranya sekali gus membantu jurulatih Poland, Jerzy Brzeczek mencipta kemenangan pertamanya setelah tujuh kali percubaan sejak mengambil alih pasukan pada tahun lalu.
Piatek merupakan penjaring kedua terbanyak dalam Serie A selepas menghasilkan 19 untuk Genoa dan AC Milan menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-69 dalam perlawanan Kumpulan G itu. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











