Quagliarella sedia berikan terbaik walaupun berusia - Utusan Malaysia

Quagliarella sedia berikan terbaik walaupun berusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 22 Mac – Kali terakhir Fabio Quagliarella menyarung jersi skuad kebangsaan Itali adalah lapan tahun lalu dan walaupun sudah berusia 36 tahun namun itu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk mewakili Azzurri.

Ini semua kerana kejayaannya muncul penjaring terbanyak Serie A mengatasi bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Walaupun jurulatih Itali, Roberto Mancini mahu membina pasukan dengan menggunakan khidmat pemain muda selepas mereka gagal ke Piala Dunia buat kali pertama namun bekas pengendali Manchester City itu tidak boleh mengabaikan Quagliarella.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyerang Sampdoria itu meledak 21 gol daripada 28 perlawanan berkelebihan dua jaringan untuk mengatasi pencabar terdekat Ronaldo dan pemain muda sensasi, Krzysztof Piatek dari Poland.

Jika diturunkan penyerang veteran itu bakal membuat penampilan ke-26 bersama Itali yang akan bertemu Finland dalam aksi kelayakan Kumpulan J Euro 2020 di Stadium Fiuli, esok.

“Saya mungkin pemain tertua dalam pasukan namun saya masih hidup dengan semangat yang begitu tinggi. Di usia seperti ini, saya tahu bagaimana untuk mengawal emosi,” kata Quagliarella.

Dalam pada itu, Quagliarella menegaskan bahawa sememangnya layak untuk mendapat tempat dalam pasukan elit tersebut.

“Ini pasukan kebangsaan Itali di mana peluang tidak boleh dilepaskan. Jika pemain memanggil sesetengah pemain, itu kerana dia yakin mereka mampu memberi impak dan sebab itu saya berada di sini.

“Dipanggil menyertai Azzurri merupakan satu kepuasan. Ramai pemain muda dengan personaliti yang bagus dan untuk saya bagus kerana berada di sini walaupun saya terpaksa bertindak secara spontan,” katanya lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini