Polis ambil keterangan juruterbang siasat kes kematian kakitangan MAHB - Utusan Malaysia

Polis ambil keterangan juruterbang siasat kes kematian kakitangan MAHB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Polis sudah mengambil keterangan juruterbang yang mengendalikan pesawat jenis Bombardier bagi membantu siasatan kes kematian seorang juruteknik Malaysia Airports Holding Berhad ( MAHB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Akta 304(c) Kanun Keseksaan selain menerima beberapa laporan polis termasuk daripada keluarga mangsa.

“Pihak polis telah memanggil juruterbang pesawat berkenaan dan telah merakamkan percakapannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syarikat terlibat juga sedang disiasat dan laporan kertas siasatan akan disiapkan secepat mungkin,” katanya di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang juruteknik MAHB, Ruzaimi Iskandar Ahmad, Razali,39, maut ketika memantau kerja penyelenggaran di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini