Saifuddin ke Turki hadiri mesyuarat tergempar OIC - Utusan Malaysia

Saifuddin ke Turki hadiri mesyuarat tergempar OIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 22 Mac – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke MesyuaratTergempar Open-Ended Executive Committee Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di peringkat Menteri-menteri Luar yang akan diadakan di Istanbul, Turki pada hari ini.

Menurut Wisma Putra, mesyuarat tergempar itu antara lain akan membincangkan serangan ke atas dua buah masjid di Christchurch, New Zealand yang telah mengorbankan seramai 50 orang.

Jelasnya, Saifuddin akan menyampaikan kenyataan negara pada mesyuarat tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Wisma Putra, satu kenyataan akhir akan dikeluarkan pada penghujung sesi itu sebagai dokumen hasil mesyuarat.

“Penglibatan Malaysia dalam Mesyuarat ini membuktikan sokongan yang diberikan Malaysia kepada OIC dalam memperjuangkan nasib umat Islam serta menzahirkan sokongan dan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap mangsa serangan dan keluarga serta rakyat New Zealand,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari.

Insiden tembakan penganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat minggu menyebabkan 50 terbunuh termasuk seorang rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi.

Bapa Allahyarham Mohd. Tarmizi Shuib turut cedera akibat ter­kena tembakan rambang pengganas di masjid tersebut.

Dua lagi rakyat Malaysia yang cedera dalam keganasan itu ialah Muhammad Nazril Hisham dan Rahimi Ahmad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini