Pogba teringin sertai Real - Utusan Malaysia

Pogba teringin sertai Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Spekulasi perpindahan Paul Pogba keluar daripada Manchester United kini semakin hangat selepas dia mendedahkan keinginannya untuk menyarung jersi Real Madrid.

Pogba, 26, secara terbuka berkata demikian dalam sidang akhbar bersama pasukan Perancis menjelang pusingan kelayakan Kejohanan Euro 2020 menentang Moldova kelmarin.

Pemain tengah itu hangat diperkatakan akan meninggalkan Old Trafford sepanjang musim ini terutama sewaktu United di bawah kendalian Jose Mourinho yang menyaksikan insiden perbalahan sering terjadi antara kedua-dua individu tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun The Red Devils kini dibimbing oleh Ole Gunnar Solskjaer menggantikan Mourinho yang dipecat tetapi ia masih tidak menjamin masa depan Pogba bersama pasukan itu sekiranya dia mendapat tawaran rasmi daripada Real.

“Seperti saya katakan selama ini, Real Madrid adalah pasukan impian buat semua pemain. Ia adalah salah satu kelab terbesar di dunia.

“Selain itu, (Zinedine) Zidane juga sudah kembali menjadi ketua jurulatih Real sekarang. Tidak ada pemain bola sepak yang tidak berminat untuk beraksi di bawah bimbingan beliau.

“Sekarang saya di Manchester dan gembira di sini tetapi kita tidak boleh meramal masa depan dan tahu apa akan terjadi selepas ini,” kata Pogba.

Masa depan Pogba akan terjamin di Old Trafford jika pihak pengurusan United melantik Solskjaer sebagai pengurus pasukan itu secara tetap untuk menghadapi saingan musim depan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini