Pulangkan yuran RM120 - Utusan Malaysia

Pulangkan yuran RM120

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Kira-kira 7,000 pelajar keluarga berpendapatan rendah (B40) di Universiti Malaya (UM) menuntut pentadbiran kolej kediaman memulangkan semula bayaran yuran makan malam seba­nyak RM120.

Pengerusi Angkatan Mahasiswa UM, Muhammad Ahnaf Mohd. Yunus, 23, berkata, yuran itu dipotong serentak yuran pe­ngajian dan penginapan kolej para pelajar pada ming­gu ketiga semester tahun ini iaitu Februari lalu.

Tegas pelajar tahun empat di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan itu, pelajar kemudian dipaksa hadiri majlis makan malam itu yang lazimnya diadakan di hotel bertaraf lima bintang sekitar ban­dar raya ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila pe­la­jar memohon wang itu di­kem­balikan, pi­hak pentadbiran mengugut mereka tidak dapat kolej kediaman pada semester depan. Adilkah berbuat demikian?

“Ada pelajar nak makan pun tiada duit, pihak pentadbiran kolej tanpa perikemanusiaan memaksa bayar RM120 makan malam di hotel,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Ahnaf bersama 10 wakil setiap kolej kediaman di UM berhimpun di hadapan Bangunan Canselori UM bagi menyerahkan memorandum bantahan yuran makan malam kepada Naib Canselor UM, Datuk Dr. Ir. Abdul Rahim Hashim. Ia diterima oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Ir. Abdul Aziz Abdul Rahman.

Turut serta, Presiden Persatuan Pemuda Baharu UM, Wong Yan Ke.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini