Aktiviti kempen dihentikan petang Sabtu - Utusan Malaysia

Aktiviti kempen dihentikan petang Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 21 Mac – Menjelang pilihan raya Thailand Ahad ini, Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (EC) mengingatkan semua calon dan parti-parti politik supaya menghentikan sebarang aktiviti kempen pada pukul 6.00 petang Sabtu ini.

Setiausaha Agungnya, Jarungwit Phumma berkata, pihaknya risau sekiranya parti-parti politik tidak sedar bahawa sebarang bentuk kempen atau aktiviti memancing undi tidak lagi dibenarkan 14 jam sebelum waktu mengundi.

“Mungkin ada parti yang menyangka aktiviti kempen masih dibenarkan sehingga hari Ahad, tapi sebenarnya ini menyalahi undang-undang pilihan raya. Tindakan boleh diambil terhadap mereka yang ingkar,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih 51 juta pemilih dijangka mengundi dalam pilihan raya umum Thailand Ahad ini bagi memilih 500 wakil rakyat, dan ramai penganalisis politik menjangka jumlah yang pengundi yang akan turun mengundi pada pilihan raya kali ini, yang pertama kali diadakan sejak rampasan kuasa tentera pada tahun 2014, akan meningkat.

Sementara itu Jarungwit berkata, EC akan memastikan proses pilihan raya Ahad ini berjalan lancar dan memberi jaminan bahawa semua isu atau aduan yang dibangkitkan pada proses mengundi awal sebelum ini, tidak akan berulang pada hari mengundi nanti.

Katanya, EC akan mengagih kertas undi dan peralatan kepada setiap kawasan mengundi pada hari Sabtu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini