Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK antara tiga ketua perwakilan baharu - Utusan Malaysia

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK antara tiga ketua perwakilan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 21 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada tiga ketua perwakilan Malaysia yang baharu termasuk Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK), Datuk Mohamad Sadik Kethergany di Istana Negara hari ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, selain Mohamad Sadik, dua lagi ketua perwakilan baharu adalah Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Zainal Abidin Bakar dan Duta Besar Malaysia ke Holy Se, Westmoreland Edward Palon.

Majlis Istiadat tersebut turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Jabatan Dua Hala) Kementerian Luar, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kenyataan itu lagi, Mohamad Sadik sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri sejak 2017 dan pernah bertugas sebagai Konsul Jeneral di Konsulat Jeneral Malaysia di New York, Amerika Syarikat dari 2004 hingga 2008 dan Setiausaha Bahagian (Cambodia, Laos, Myanmar, Vietnam & Oceania) dari tahun 2008 hingga 2009 serta dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Iran pada 2009 dan Duta Besar Malaysia ke Hungary pada 2014.

“Zainai Abidin pula sebelum ini adalah Duta Besar Malaysia ke Sepanyol sejak 2017 serta pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Czech pada tahun 2009, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam pada tahun 2013 dan Setiausaha Bahagian Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan Lapan Negara-Negara Islam Membangun (D-8) dan Pertubuhan Khas Dan Kerjasama Selatan-Selatan dari akhir 2013 hingga 2017,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, Kementerian Luar pula memaklumkan, Westmoreland sebelum ini merupakan Konsul Jeneral di Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne, Australia sejak 2015 dan pernah menjawat sebagai Penasihat Kedutaan di Kedutaan Besar Malaysia di Santiago, Chile dari 2010 hingga 2013 dan Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia dari 2013 hingga 2015.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini