JAKARTA 21 Mac – Kaji selidik yang dilakukan menjelang Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019 akan dijadikan sebagai asas untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi pasukan calon presiden nombor satu, Joko Widodo atau Jokowi.
Tempo.co yang memetik Jokowi sebagai berkata, penilaian prestasi ‘kerja’ secara sistematik itu dapat membantu pasukannya untuk membaiki kekurangan sedia ada serta membetulkan gaya kepimpinan.
“Bagaimanapun saya tidak mahu cepat berpuas dengan hasil kajian ini. Sesungguhnya, kaji selidik perlu dilakukan serta disampaikan secara menyeluruh.
Sekiranya kajian itu menunjukkan hasil positif tetapi maklumatnya tidak dijelaskan dengan terperinci maka kemungkinan boleh berlaku kecuaian,” katanya di pejabat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), Tebet, Jakarta di sini semalam.
-AGENSI











