Wisma Putra sahkan Mohd. Haziq meninggal dunia - Utusan Malaysia

Wisma Putra sahkan Mohd. Haziq meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 21 Mac – Wisma Putra mengesahkan Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi, 17, remaja Malaysia yang dilaporkan hilang selepas insiden tembakan di masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat telah meninggal dunia.

Jelas Wisma Putra, Allahyarham Mohd. Haziq merupakan antara 50 mangsa yang terkorban dalam kejadian itu.

Allahyarham adalah anak kepada Mohd. Tarmizi Shuib, yang turut cedera akibat ter­kena tembakan rambang pengganas di masjid tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua lagi rakyat Malaysia yang cedera dalam keganasan itu ialah Muhammad Nazril Hisham dan Rahimi Ahmad.

“Kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd. Haziq. Kerajaan akan membantu proses pengkebumian jenazah Allahyarham.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa akan berangkat ke Christchurch sebagai wakil kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terlibat dalam tregedi tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini