Dunia Islam didesak bantu Uighur - Utusan Malaysia

Dunia Islam didesak bantu Uighur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA 21 Mac – Sekumpulan ulama dan pentadbir agama etnik Islam Uighur dari Xinjiang, China mendesak dunia Islam memberikan tekanan terhadap Beijing supaya menghentikan ‘perang budaya’ di wilayah itu.

Al-Jazeera melaporkan, menurut panel Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih sejuta etnik Uighhr dan penduduk Islam lain ditahan di pusat-pusat tahanan yang didakwa Beijing sebagai ‘pusat pendidikan semula’.

Ketika lawatannya ke Doha, pemimpin dari Pertubuhan Pemimpin Islam Turkistan Timur (SMSET) yang berpangkalan di Turki mendakwa China terlibat dengan pencabulan hak asasi manusia Uighur dalam usaha menghapuskan budaya serta agama etnik itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan China sedang melancarkan perang kebudayaan terhadap Uighur dengan cuba memaksa mereka meninggalkan ajaran Islam,” kata pemimpin SMSET, Abdel Khaleq.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini