Sarjan wanita ditahan reman kes rasuah - Utusan Malaysia

Sarjan wanita ditahan reman kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang anggota polis wanita berpangkat sarjan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah sebanyak RM1,500.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret V. Vanita selepas Pegawai Pendakwa SPRM Negeri Sembilan, Mohd. Khairi Abdul Karim mengemukakan permohonan di Mahkamah Seremban pagi ini.

Anggota polis wanita berusia 30 tahun itu hadir ke mahkamah di sini dengan diiringi pegawai SPRM dan peguam Mohd. Redzuan Mohamed Yusof.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor didakwa meminta dan menerima wang sebanyak RM1,500 daripada suspek kes dadah berusia 39 tahun.

Wang itu sebagai balasan menukar sampel air kencing suspek daripada positif dadah kepada negatif sebelum dia ditahan pada pukul 9.45 pagi semalam di pejabatnya di Gombak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini