Pemimpin Amanah bertanding calon Bebas PRK Rantau? - Utusan Malaysia

Pemimpin Amanah bertanding calon Bebas PRK Rantau?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tidak tahu tentang khabar angin seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) akan bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Katanya, beliau hanya mengetahui tentang perkara itu daripada petugas media yang bertanyakan kepadanya berhubung hal tersebut pada satu sidang akhbar di Wisma Negeri di sini hari ini.

“Saya tak dapat maklumat lagi. Saya baru tahu hari ini. Jika betul dia akan bertanding atas tiket bebas bukan Amanah. Biasalah. Dia hendak bertanding kita serahkan kepada dia,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, pemberita bertanya kepada beliau tentang desas-desus seorang Ahli Jawatankuasa Amanah Kawasan Rasah akan bertanding dalam PRK DUN Rantau pada 13 April nanti.

Aminuddin berkata, beliau bagaimanapun menyerahkan kepada individu itu sama ada akan menawarkan diri sebagai calon Bebas dalam PRK Dun Rantau kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi.

Beliau namun menegaskan calon yang dipilih oleh PH adalah Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau, Dr. S. Streram dan adalah sukar untuk memuaskan hati semua pihak berhubung keputusan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini