Suhaimi Hamid dilantik CEO Saadiq Malaysia - Utusan Malaysia

Suhaimi Hamid dilantik CEO Saadiq Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Standard Chartered Saadiq Malaysia Berhad (Saadiq) melantik Mohd. Suhaimi Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 16 Mac 2019.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia, Abrar A. Anwar berkata, Mohd. Suhaimi akan memacu pertumbuhan perniagaan perbankan Islam Standard Chartered di Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, Mohd. Suhaimi menggantikan Mohammad Ali Allawala yang akan kembali ke pejabat global Standard Chartered Saadiq di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai Ketua Perbankan Runcit Islam.

“Mohd. Suhaimi sebelum ini adalah Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Perniagaan Runcit Saadiq di Malaysia memiliki hampir 20 tahun pengalaman dalam perbankan runcit serta korporat dalam konvensional juga kewangan Islam.

“Perbankan Islam kekal sebagai sebahagian daripada perniagaan Standard Chartered berikutan permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Suhaimi pernah bekerja memegang jawatan berbeza dengan Maybank Islamic Bank, OCBC, Alliance Islamic Bank, AmBank dan MBf Finance. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini