Qari bersemangat tinggi walaupun kurang sihat - Utusan Malaysia

Qari bersemangat tinggi walaupun kurang sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 20 Mac – Meskipun belum pulih daripada demam dan batuk, penyanyi kumpulan nasyid UNIC, Mohd. Fakhrul Radhi Khamarudin, 33, tetap bersemangat tinggi mengalunkan bacaan dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2019M di Dewan Perbandaran Seremban di sini malam tadi.

Qari negeri Kedah itu berkata, beliau baru pulang dari mengadakan persembahan di luar negara kira-kira seminggu lalu dan diserang demam dan batuk.

“Disebabkan keinginan untuk memberikan komitmen yang terbaik, saya tetap mengadakan latihan sejak pulang dari luar negara bagi membolehkan saya mengalunkan bacaan,” katanya kepada Utusan Online selepas memperdengarkan bacaan pada malam ketiga tilawah tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, walaupun mempunyai pengalaman dalam persembahan nasyid dan pengacara televisyen, beliau masih perlu melakukan persiapan untuk tilawah al-Quran itu.

“Apabila kita naik ke atas astaka, suasananya tetap mencabar dan tumpuan perlu diberikan 100 peratus.

“Dalam tempoh 10 minit mengalunkan bacaan, kita mesti berusaha sedaya upaya mengelakkan sebarang kesalahan dari segi bacaan, tajwid dan taranum,” ujarnya.

Jelasnya, ini adalah kali keempat beliau menyertai tilawah al-Quran peringkat kebangsaan selepas mengambil bahagian pada 2012, 2011 dan 2009.

“Jika rezeki menang, saya berhasrat menyertai tilawah peringkat antarabangsa pula,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini