Syabas dan terima kasih bomba - Zuraida - Utusan Malaysia

Syabas dan terima kasih bomba – Zuraida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 20 Mac – Perkhidmatan yang diberikan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung insiden pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini wajar diberi pujian dan ucapan penghargaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pihak bomba telah memainkan peranan penting sepanjang kira-kira 2 minggu operasi itu diadakan.

“Saya ingin ucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak terlibat sama ada agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan sukarelawan yang sama-sama membantu dalam operasi pencemaran di Sungai Kim Kim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Khususnya kepada anggota bomba kerana mereka memainkan peranan penting dalam operasi ini sejak awal lagi, saya bangga dengan mereka,” katanya.

ZURAIDA Kamaruddin
ZURAIDA Kamaruddin 

Beliau berkata demikian ketika melawat pusat rawatan awal pencemaran toksik Sungai Kim Kim di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini sebentar tadi.

Dalam operasi tersebut, seramai 153 pegawai dan anggota JBPM daripada seluruh negara terlibat termasuk 70 individu yang merupakan pakar daripada unit Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini