Tukang masak maut digilis - Utusan Malaysia

Tukang masak maut digilis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Seorang tukang masak maut selepas digilis beberapa buah kenderaan dalam satu kemalangan di Kilometer 441.9 Lebuh Raya Utara Selatan di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dalam kejadian sekitar pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Basori Nanyan, 41, sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 miliknya sendirian dari arah Utara menghala ke Selatan.

“Setibanya di lokasi, motosikal ditunggang mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di tengah lebuh raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat rempuhan tersebut, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di RHR Hospitality telah tercampak ke laluan bersebelahan sebelum digilis beberapa buah kenderaan yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Samsor, susulan kemalangan tersebut, siasatan yang dilakukan pihaknya telah menemui kesan cebisan mayat sepanjang kira-kira 50 meter di atas lebuh raya.

“Motosikal mangsa kemudian dijumpai di laluan kecemasan arah Selatan dipercayai telah dialihkan selain terdapat kerosakan pada bahagian hadapan dan kiri.

“Usaha mengesan saksi bebas sedang dijalankan dan pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat atau mengetahui kejadian untuk tampil membantu siasatan,” ujar beliau.

Jelas beliau, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini