Kerajaan kaji wujudkan mahkamah khas rasuah peringkat lebih tinggi - Utusan Malaysia

Kerajaan kaji wujudkan mahkamah khas rasuah peringkat lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 20 Mac – Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) sedang mengkaji keperluan untuk mewujudkan Mahkamah Tinggi Khas (Rasuah) dan Mahkamah Rayuan Khas (Rasuah) bertujuan mempercepat perbicaraan kes-kes rasuah.

Menurut Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat JKKMAR semalam.

“Untuk makluman, ketika ini Mahkamah Khas Rasuah telah wujud di peringkat Mahkamah Sesyen,” demikian menurut GIACC dalam kenyataannya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

GIACC berkata, mesyuarat tersebut turut bersetuju dengan cadangan menambah jumlah Mahkamah Sesyen Khas Rasuah sebagai sebahagian daripada penambahbaikan bagi mempercepat perjalanan kes tertunggak di mahkamah. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini