CHRISTCHURCH – Ratusan penduduk di bandar itu berkumpul hari ini bagi menghadiri majlis pengebumian pertama mangsa tembakan di dua masjid di sini pada Jumaat lalu.
Suasana sedih di tanah perkuburan di Christchurch, New Zealand hari ini apabila ratusan penduduk pelbagai agama bandar itu berkumpul.
Antara yang hadir termasuk seorang pelarian Afghanistan, Abdul Aziz yang dikenali sebagai wira apabila bertindak berani berdepan dengan pengganas warga Australia itu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan nama mereka yang dikebumikan sebaliknya AFP diberitahu hanya dua jenazah mangsa disemadikan.
Difahamkan dua mangsa itu merupakan seorang pelarian Syria dan anaknya.
Setakat ini, dilaporkan hanya enam daripada 50 jenazah mangsa sudah diserahkan kepada keluarga masing-masing. – AFP











