[VIDEO] Kereta terpakai disita sebab iklan tipu pengguna - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kereta terpakai disita sebab iklan tipu pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Tindakan sebuah syarikat kereta terpakai membuat iklan palsu dan mengelirukan terhadap sebuah kereta dijual mereka membawa padah apabila kenderaan itu disita, baru-baru ini. 

Dalam serbuan pukul 2 petang pada 25 Februari lalu, kereta jenis Proton Saga itu disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor. 

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, serbuan itu hasil aduan pengguna terhadap kecurigaan iklan kereta itu yang ditawarkan dalam talian laman sosial Facebook. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, menerusi iklan itu menyatakan harga kenderaan adalah RM9,800 dan tahun pengeluaran kenderaan ialah 2010.

“Namun hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati harga sebenar kenderaan ialah RM 11,800 dan tahun pengeluaran kenderaan seperti pada geran kenderaan adalah 2008. 

“Sehubungan itu, kita terpaksa menyita kereta, kunci dan geran bagi kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Kata beliau,  siasatan awal mendapati syarikat menjual kereta itu telah beroperasi sejak 17 tahun yang lalu. 

Jelas Azman, kes disiasat mengikut Seksyen 18(1) Akta Perihal Dagangan 2011. 

“Jika sabit kesalahan, syarikat itu boleh didenda tidak melebihi RM500,000 di bawah Seksyen 21 akta yang sama,” katanya 

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 29 saat sejak Sabtu lalu memaparkan ketidakpuasan dipercayai pekerja syarikat itu terhadap penyitaan KPDNHEP. 

Menerusi video berbahasa Mandarin itu antara lain membawa maksud Simon Leong, kereta sudah kena kunci oleh KPDNHEP sehingga tidak boleh dipandu dan dijual. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini