Kane yakin kemampuan Hudson-Odoi - Utusan Malaysia

Kane yakin kemampuan Hudson-Odoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 20 Mac – Penyerang England, Harry Kane percaya Callum Hudson-Odoi berpotensi bersinar bersama skuad The Three Lions biarpun kurang beraksi dalam kempen Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea.

Hudson-Odoi, 18 tahun dipanggil menyertai pasukan senior England selepas Luke Shaw terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan dan ini juga adalah kali pertama pemain muda itu menyertai skuad bimbingan Gareth Southgate.

“Setiap pemain memiliki cara berbeza untuk ke puncak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga kerap kali dipinjamkan dan berusaha mencari pengalaman bersama kelab lain.

“Saya percaya, Hudson-Odoi telah menikmati saingan seperti Liga Europa dan Piala Liga Bola Sepak Inggeris biarpun tampil sebagai pemain gantian dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

“Kami akan melihat peningkatannya dalam beberapa tahun lagi,” kata Kane. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini