BERBAKAT. Mondelez International (Malaysia), pengeluar jenama snek mengadakan sesi latihan bola sepak khas bersama Michael Owen di Petaling Jaya baru-baru ini.
Seramai 50 orang murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 18, Shah Alam dan SK Bandar Sunway di sini beroleh pengalaman berharga selain teknik hebat hasil tunjuk ajar bekas bintang bola sepak England itu.
Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti di bawah program tanggungjawab sosial Mondelez iaitu Joy Schools.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sejak penubuhannya di Asia Tenggara pada tahun 2011, Joy Schools telah memberi manfaat kepada kira-kira 11,500 pelajar di 25 buah sekolah di Filipina, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Malaysia.











