Adib terjatuh selepas dilanggar van EMRS - Utusan Malaysia

Adib terjatuh selepas dilanggar van EMRS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Saksi ke-20 prosiding inkues kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim memberitahu Mahkamah Koroner bahawa dia ternampak mangsa terjatuh selepas dihimpit van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah kereta ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu.

But Mohsin, 24, warga Pakis­tan yang bekerja sebagai juruteknik berkata, dia melihat insiden itu semasa jentera Fire Rescue Tender (FRT) mengundur dan melanggar van EMRS selepas kedua-dua kende­raan itu diserang perusuh.

Katanya, sebelum berundur dari lokasi berkenaan, dia ternampak ada anggota bomba turun daripada jentera FRT berkenaan dan melihat Muhammad Adib keluar daripada van EMRS.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut But, seorang anggota bagaimanapun dapat memasuki van EMRS, tetapi Muhammad Adib tidak sempat berbuat demikian semasa orang ramai menyerang pasukan beruniform itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini