Perkembangan pencemaran toksik positif, bilik operasi ditutup - Utusan Malaysia

Perkembangan pencemaran toksik positif, bilik operasi ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 20 Mac – Pusat Rawatan Awal bagi mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini iaitu Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah di sini ditutup operasi secara rasminya pada pukul 12 tengah hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, penutupan operasi tersebut dibuat ekoran perkembangan positif yang dicatatkan berhubung insiden tersebut.

“Secara keseluruhannya, kualiti udara di persekitaran Sungai Kim Kim sudah kembali pulih, ekoran itu kita akan menutup pusat rawatan awal dan pusat gerakan secara rasmi pada pukul 12 tengah hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun begitu, kerja pemantauan oleh agensi terlibat akan diteruskan mengikut keperluan agensi masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di luar Menara Aqabah, di sini sebentar tadi.

Menurut Dr. Sahruddin, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana yang diadakan malam tadi.

“Orang awam yang masih merasakan simptom seperti pedih mata, loya, muntah, sesak nafas dan pening dinasihati untuk mendapatkan rawatan awal di hospital dan klinik kesihatan berhampiran,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini