Doakan yang terbaik untuk mereka - Neelofa - Utusan Malaysia

Doakan yang terbaik untuk mereka – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara popular, Neelofa menyifatkan tuduhan kononnya dia mempunyai kaitan berhubung keretakan rumah tangga kakaknya dengan aktor Sharnaaz Ahmad sebagai tidak masuk akal.

Enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan kemelut rumah tangga Noor Nabila, Neelofa, 30, sebaliknya meminta masyarakat mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.

“Tidak masuk akal! Saya sayangkan kakak dan anak saudara saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya harap masyarakat boleh mendoakan yang terbaik untuk mereka dalam apa juga situasi yang sedang dihadapi ketika ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada sidang akhbar pengumuman Top 5 Anugerah MeleTOP Era sebentar tadi. 

Sebelum ini, timbul desas-desus mengenai rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila yang dikatakan sedang bermasalah.

Ada netizen di laman sosial mendedahkan Sharnaaz dan Nabila hadir untuk berjumpa dengan pihak kaunseling di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini