Raja Muda Perlis hadiri sambutan ulang tahun TTPC - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis hadiri sambutan ulang tahun TTPC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 19 Mac – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri sambutan ulang tahun ke-16 syarikat loji jana kuasa Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) Sdn. Bhd. di Sungai Baru di sini, semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengurus Besarnya, Nik Ahmad Kamal Nik Mustapha dan Pengurus Kanan Operasi, Abdul Malik Abdul Rahman.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Azman Mohd Yusof dan Pegawai Kewangan negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baginda serta para tetamu diberi penerangan tentang fungsi dan peranan TTPC dalam menjana elektrik untuk negeri ini, Langkawi dan sebahagiannya dari Kedah.

TTPC memulakan operasi semenjak 31 Mac 2003 dan pernah memenangi Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan Malaysia (MCOSH) pada tahun 2006 dan Anugerah Industri KETTHA 2013 atas prestasi keselamatan yang cemerlang.

TTPC mempunyai seramai 62 orang kakitangan yang kebanyakannya mempunyai kepakaran dan latar belakang petroleum dan gas bagi mengawal selia loji jana kuasa secara automatik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini