Hartawan Thailand dituduh bunuh harimau bintang - Utusan Malaysia

Hartawan Thailand dituduh bunuh harimau bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANCHANABURI 19 Mac – Seorang hartawan Thailand dipenjara selama 16 bulan selepas didapati bersalah membunuh seekor harimau bintang hitam selain berdepan beberapa pertuduhan melibatkan pemburuan haram hari ini.

Tertuduh, Premchai Karnasuta, bagaimanapun boleh dibebaskan bergantung kepada keputusan rayuan.

Premchai yang merupakan pemilik syarikat projek infrastruktur besar, ditahan oleh renjer di taman negara pada Februari tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau dan tiga lagi ditahan selepas renjer menyerbu tempat perkhemahan mereka dan menjumpai beberapa pucuk senjata serta beberapa bangkai haiwan.

Pemandu peribadi dan tukang masaknya yang turut ditahan bersama Premchai, menerima hukuman lebih ringan manakala pemandu pemburunya dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun dan lima bulan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini