MNS sokong sepenuhnya kempen selamatkan ‘pak belang’ - Utusan Malaysia

MNS sokong sepenuhnya kempen selamatkan ‘pak belang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Persatuan Pecinta Alam Malaysia (MNS) menyambut baik seruan Kementerian Air, Tanah dan Alam Sekitar (KATS) agar semua pihak bekerjasama dalam usaha pemuliharaan dan perlindungan harimau belang di negara ini.

Menurut presidennya, Prof. Dr. Ahmad Ismail, terkini lebih 10 buah badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam menyokong kempen Selamatkan Harimau Malaya 2019-2020 sempena pra pelancarannya pada majlis Sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia 2019 baru-baru ini.

“Kita semua sedia maklum harimau belang milik kita sedang diancam kepupusan yang amat serius akibat aktiviti pemburuan haram yang berleluasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bilangannya kini tidak mencecah pun 200 ekor menjadikan status haiwan ikonik negara itu berada di tahap yang amat membimbangkan dan sangat kritikal,” katanya.

Dr. Ahmad turut menyeru agar lebih ramai melibatkan diri dalam usaha tersebut tidak mengira menerusi penyertaan pelbagai aktiviti yang di sediakan serta sumbangan dana ke atas Akaun Amanah Konservasi Biodiversiti (Kempen Selamatkan Harimau Malaya) yang diperkenalkan oleh kerajaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini