DAP cabar Pas buat bantahan terhadap MCA - Utusan Malaysia

DAP cabar Pas buat bantahan terhadap MCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 19 Mac – DAP Perak mencabar Pas membuat bantahan terhadap MCA yang sebelum ini pernah melabelkan Pas dan UMNO sebagai Taliban.

Setiausaha Publisiti DAP Perak, Chong Zhemin berkata, minggu lepas beliau telah membongkarkan bahawa pemimpin-pemimpin MCA pernah melabelkan Pas dan UMNO sebagai Taliban sebanyak 138 kali dalam kenyataan rasmi parti itu.

Menurutnya, namun MCA, Pas dan UMNO membisu di atas pembongkaran itu seolah-olah ia tidak pernah berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehingga hari ini MCA tidak menarik balik sebarang kenyataan yang melabelkan Pas dan UMNO sebagai Taliban.

“Saya mencabar Pas supaya membuat bantahan keras dan menyerahkan memorandum ke ibu pejabat MCA terhadap pemimpin-pemimpin MCA yang melabelkan Pas dan UMNO sebagai Taliban sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming membuat kenyataan dengan mendakwa Malaysia akan menjadi Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya UMNO dan Pas membentuk kerajaan.

Timbalan Setiausaha Agung DAP itu enggan meminta maaf di atas kenyataannya itu walaupun dikritik banyak pihak.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini