Serangan trem: Suspek serangan berjaya ditahan - Utusan Malaysia

Serangan trem: Suspek serangan berjaya ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM – Pihak berkuasa Belanda semalam berjaya menahan seorang suspek warga Turki yang dipercayai melepaskan tembakan dalam sebuah trem di bandar Utrecht, mengakibatkan tiga orang maut manakala lima lagi cedera.

Polis sebelum ini melancarkan gerakan besar-besaran memburu suspek, Gokmen Tanis,37, dengan mengedarkan gambar dan meminta orang ramai agar menjauhkan diri dari individu terbabit.

Pasukan keselamatan kemudiannya mengepung sebuah bangunan di bandar keempat terbesar di Belanda itu sebelum mengumumkan penangkapan suspek dalam satu sidang media tidak lama kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua bahagian perkhidmatan antikeganasan Belanda, Pieter-Jaap Aalbersberg mengesahkan penahanan suspek utama kes tembakan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini