ISTANBUL 19 Mac – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menerima kecaman dari New Zealand semalam selepas didakwa menggunakan video rakamam tembakan di dua buah masjid di Christchurch sebagai bahan kempennya.
Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar dan tidak adil untuk rakyatnya.
Recep Tayyip dalam kempennya menggunakan video tersebut untuk menunjukkan bagaimana Turki dan Islam menjadi sasaran pihak-pihak tidak bertanggungjawab. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











